Skip to main content

Pok Amai Amai Siapa Sakit Naik Atas..!

Agen BandarQ
1.bpspot/-l6Wux-DsCz0/XApGnsK6ZMI/AAAAAAAAisw/pNTpIIDqpr0U8BIoZsXDDaf0xq8jwD1uQCLcBGAs/s1600/DtzkcQ4VAAECKeU.jpg-large.jpeg" imageanchor="1" style="clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;">

Nak hingga awan pun ok..! Rakyat memang tunggu walau di mana pun..! Cuma orang renta tua pesan jikalau naik tinggi sangat, bila jatuh sakit pun 'tinggi' juga bro..!

Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berhubung dakwaan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusof, membenarkan permohonan itu selepas mendengar permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.
Bagaimanapun, tarikh bagi pengurusan kes itu akan ditetapkan kemudian.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa dua kes yang membabitkan Najib sebelum ini sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Menurutnya, pihak pendakwaan juga tidak memiliki sebarang bantahan terhadap permohonan mereka.
Beliau juga memaklumkan alasan untuk memindahkan kes itu antara lain ialah untuk mempercepatkan proses keadilan.
Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan juga mengguna pakai alasan sama untuk memindahkan kes membabitkan anak guamnya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin, tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen memutuskan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes yang sama.
Ia bagi membolehkan pihak pembelaan memaklumkan mahkamah berhubung status pemindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman.
Pada 25 Oktober lalu, Najib, 65, dan Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melaksanakan pecah amanah ke atas harta berkenaan.
Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB), milik Kerajaan Malaysia.
Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion iaitu peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai, milik kerajaan.
Tuduhan kelima dan keenam pula membabitkan penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.
Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melaksanakan pecah amanah jenayah ke atas semua harta berkenaan.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.
bharian.my/berita/kes/2018/12/506465/kes-najib-irwan-dipindah-ke-mahkamah-tinggi">sumber
Teringat lagu pok amai amai..!
Siapa sakit naik atas..! Sakit..! Naik atas???
Sakit bro...!
Lu Fikir La Sendiri..!
2.bpspot/-0AkcK3O4yOw/V_H1_aCDDMI/AAAAAAAAhSk/9WIB343GWQog6fkzAomEzzAZMRfWbtTEQCPcBGAYYCw/s1600/beg%2Blv.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

Comments

Popular posts from this blog

Berpeluh Nampak..!

Agen BandarQ 1.bpspot/-irxAQH0rw9Y/V0HMQoZEJsI/AAAAAAAAfUI/wNtKGgWBhLgDYtXHokOdmkB7F5-GaIqmwCPcBGAYYCw/s1600/najib%2Bsengal.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"> Sikit ajer tu..! Sengal...bukan patah..! Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melabuhkan tirai untuk tahun ini. Hari ini, PAC mendapatkan keterangan saksi ketiga prosiding iaitu bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad. Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata Saadatul Nafisah yang bertanggungjawab menyimpan laporan asal audit 1MDB, diminta menceritakan secara terperinci bagaimana pindaan melalui aborsi beberapa perenggan itu dilakukan. Katanya, PAC berpuas hati dengan keterangan padat Saadatul Nafisah yang membantu jawatankuasa itu untuk menciptakan kesimpulan sama ada laporan audit 1MDB itu diubah atau tidak. ΓÇ

Takpe Bukan Kitab Suci Pun..!

Agen BandarQ 2.bpspot/-4QMlKW8mnho/XApJHGKHxHI/AAAAAAAAis8/V7Nmf7le4L0GLicF9Y3r3-EacelvJ3b5QCLcBGAs/s1600/DtzBP3TU8AIJ-hH.jpg-large.jpeg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"> Apa ada hal..! Sekadar perbezaan keputusan antara PTPTN dan Menteri..! Sedangkan akad nak hapus pun boleh ubah lagi kan pulak sekadar jadual bayaran..! Bukan kitab suci pun..!  Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan prosedur pembayaran gres Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) akan ditangguhkan. Maszlee berkata, penangguhan berkenaan ialah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh. Menurutnya, proses berkenaan ialah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka. Baru-baru ini PTPTN mengumumkan prosedur baharu pembayaran balik proteksi melalui skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan menerima banyak bantahan dari nakal serta k

Paria Hindraf Akan Dipanggil..!

Agen BandarQ 4.bpspot/-mWq_mUVKQpU/W_a3eHZiZCI/AAAAAAAAij8/r07QDJlp4lsWBMGUCI1YN3xdFauPlghMgCLcBGAs/s1600/polis%2Brashid.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"> Panggil nak buat apa? nak ajak berbual kosong jer ke?  Jangan tunggu lama..ambil tindakan..! Tapi AG pun ada darah tu..! Polis boleh siasat ajer la..! Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan informasi kontroversinya yang tular menerusi penyebaran video mengenai berlakunya pencabulan hak asasi di Malaysia. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. Bagaimanapun, Noor Rashid tidak memaklumkan kalau pemimpin itu akan dipanggil. "Tengok nanti, dia (Waytha Moorthy) akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas final Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Majlis Penganu